Written by 1:55 pm Bola Sepak, Malaysia

CEO JCorp, Syed Mohamed Ganti TMJ Kemudi Johor Darul Ta’zim?

Sepanjang penghujung Ogos lalu, acap kali dibincangkan di laman sosial dan dilaporkan media mengenai DYAM Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim bakal meninggalkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Ianya selepas TMJ meninggalkan satu komen yang seakan-akan memberikan bayangan untuk ‘angkat kaki’ daripada mengemudi skuad juara Liga Super sebanyak 8 kali di akaun rasmi Instagram milik kelab terbabit sekitar hujung bulan lalu.

Tangkap layar komen yang ditinggalkan oleh TMJ

Perbincangan mengenai mengenai TMJ meninggalkan skuad Harimau Selatan tidak lengkap sekiranya tidak dibincangkan mengenai pengganti baginda.

Sukar untuk melihat mana-mana individu di dalam negara yang dilihat mempunyai tahap keghairahan (passionate) terhadap bola sepak dan kejayaan seumpama yang ditonjolkan oleh TMJ.

Bagaimanapun, dalam sesi Soal & Jawab (Q&A) menerusi Instagram Story semalam, TMJ menjawab satu persoalan yang dilontarkan oleh pengikutnya mengenai siapakah yang akan dipilih untuk mengemudi JDT sekiranya  baginda ‘angkat kaki’.

Individu tersebut ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim.

Untuk makluman semua, Syed Mohamed mula dilantik sebagai Presiden dan CEO JCorp pada Januari tahun lalu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Datuk Kamaruzzaman Abu Kasim.

Beliau memiliki pengalaman dan kepakaran yang luas selama 34 tahun dalam bidang perbankan, korporat, pembangunan hartanah, teknologi dan strategi perniagaan. 

Sebagai tambahan, beliau merupakan lulusan Universiti Malaya (UM) dalam bidang Ekonomi (Ekonomi Analisa).

Bercakap mengenai pemergian TMJ dari JDT, dalam sesi Q&A yang sama, TMJ berkongsikan bahawa niat baginda untuk meninggalkan JDT masih lagi dalam situasi ’50-50′ walaupun berkeadaan ‘letih sikit’ setelah lapan tahun membina pasukan tersebut.

(Visited 2,209 times, 1 visits today)
Close