Written by 11:28 am Lain-Lain

Paralimpik 2020: Rayuan Ditolak, Tiada Pingat Emas & Rekod Dunia Buat Ziyad Zolkefli

Tiada pingat emas buat serta rekod dunia buat atlet para negara, Ziyad Zolkefli dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Menerusi satu kenyataan rasmi oleh World Para Athletics (WPA), dimaklumkan bahawa rayuan oleh tiga atlet para iaitu Todd Hodgetts (Australia), Jordi Patricio (Ecuador) dan Ziyad ditolak oleh para juri.

“Keputusan tersebut berdasarkan Peraturan 5.5 WPA – ‘Kegagalan untuk melaporkan diri ke bilik panggilan di mana dalam keadaan atlet tidak hadir di bilik panggilan pada masa yang dijadualkan dan keputusan mereka diletakkan sebagai DNS (Did Not Start).” tulis kenyataan tersebut, hari ini.

Kenyataan itu turut menjelaskan, di bawah peraturan ini atlet dibenarkan untuk mengambil bahagian sementara ‘referee’ mendapatkan segala bukti mengenai kelewatan atlet ke bilik panggilan.

Semasa beraksi semalam, lontaran Ziyad sejauh 17.94 meter (m) telah mengatasi dunia serta rekod kebangsaan atlet normal, 17.58m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin pada Sukan SEA Palembang 2011.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

(Visited 432 times, 1 visits today)
Close