Written by 12:24 pm Bola Sepak, Malaysia

Kelayakan Piala Asia B-23: Pemilihan Pemain Berdasarkan Merit & Kebolehan Memberi Sumbangan Kepada Pasukan

Ketua jurulatih skuad kebangsaan bawah 20 tahun (B-20), Brad Maloney berkata pemilihan pemain untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia B-23 adalah berdasarkan merit dan kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada pasukan.

Ini bermaksud tiada istilah anak emas atau laluan mudah buat mana-mana pemain untuk menempatkan diri dalam senarai akhir yang akan dibawa ke Ulaanbaatar, Mongolia pada penghujung Oktober nanti.

Baca: Enam Orang Digugurkan, Coach Brad Panggil Seorang Lagi Pemain Kelahiran Kedah

Pada masa yang sama, Coach Brad menggesa 24 pemain yang sedang mengikuti kem latihan pusat Fasa 1 pada ketika ini untuk membuktikan keupayaan masing-masing menerusi latihan dan perlawanan persahabatan yang akan berlangsung, hujung minggu ini. 

“Semua pemain mempunyai peluang sama rata untuk berada dalam pasukan kerana kita mahu membentuk skuad yang mantap dan mempunyai keserasian.

“Barisan kejurulatihan akan memantau perkembangan mereka dan setakat ini prestasi pemain berada dalam keadaan memuaskan,” katanya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Kem latihan Fasa 1 skuad kebangsaan B-20 yang akan berlangsung sehingga 7 September ini menyaksikan Coach Brad turut menyenaraikan beberapa pemain yang melebihi umur 20 tahun namun tidak melebihi umur 23 tahun.

Baca: Brad Maloney Panggil Lima Pemain Melebihi Umur 20 Tahun

Sementara itu, pemain-pemain daripada pasukan-pasukan Liga Super akan dipanggil pada kem latihan pusat Fasa 2 yang akan bermula 19 September kelak.

Baca: Wan Kuzri Jaringkan Gol Kemenangan Dalam Masa Berbaki 24 Saat

Selain itu, pemain-pemain yang beraksi bersama pasukan luar negara seperti Luqman Hakim (KV Kortrijk) dan Wan Kuzri Wan Kamal (University of Akron) akan turut dipanggil pada Fasa 2 ini nanti.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 53 times, 1 visits today)
Close