Written by 7:24 pm Lain-Lain

Paralimpik 2020: Abdul Latif Romly Pertahan Pingat Emas Lompat Jauh T20

Atlet para negara, Abdul Latif Romly menepati sasaran memenangi pingat emas dalam acara lompat jauh kategori T20 pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo 2020.

Kemenangan ini bermakna Latif berjaya mempertahankan emas yang dimenanginya dalam acara yang sama pada temasya edisi yang lalu, Sukan Paralimpik Rio 2016.

Latif yang berusia 24 tahun dan berasal Kampung Paya Kelubi, Kangar ini berjaya membawa pulang pingat emas setelah merekodkan lompatan terbaiknya sejauh 7.45 meter (m) pada percubaan ke-2 pada hari ini.

Pencabar terdekatnya adalah atlet Greece, Athanasios Prodromou yang merekodkan lompatan terbaik sejauh 7.17m dan membawa pulang pingat perak.

Manakala wakil Australia, Nicholas Hum yang mencatatkan lompatan terbaiknya sejauh 7.12m membawa pingat gangsa daripada acara ini.

Untuk pengetahuan semua, selain memenangi dua pingat emas Sukan Paralimpik, Latif merupakan juara dunia sebanyak dua kali serta pemenang pingat emas Sukan Para Asia 2018.

Kejayaan Latif membolehkan Kontinjen Malaysia mengumpul lima butir pingat secara keseluruhan.

Baca: Bonnie Sumbang Emas Pertama Negara & Pecah Rekod Temasya

Baca: ‘Invincible’ Liek Hou Sumbang Pingat Emas Ke-2 Untuk Malaysia

Tiga daripadanya merupakan kilauan emas dimana dua pingat  tersebut hasil sumbangan Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) dan Cheah Liek Hou (badminton).

Manakala dua pingat perak pula diperolehi oleh Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).

Featured Image: World Para Athletics

(Visited 517 times, 1 visits today)
Close