Written by 3:17 pm Lain-Lain • One Comment

Lee Shun Yang & Regu Arif-Haikal Juarai Kejohanan Badminton di Greece

Barisan pemain badminton muda negara yang menyertai kejohanan Hellas International 2021 pada 2-5 September di Greece berhasil pulang dengan pelbagai kejuaraan dalam kategori masing-masing.

Untuk pengetahuan semua, kejohanan ini merupakan saingan kelas ketiga, Future Series yang berada pada Gred 3 dijalankan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Shun Yang membuat kejutan degan muncul juara dalam kategori ini.

Pemain berusia 20 tahun ini menumpaskan pemain pilihan kelima keojahanan dari Republik Czech, Jan Louda dengan dua kemenangan ‘straight set’ 21-14 & 24-22 pada perlawanan akhir.

Kejayaan yang dikecapi ini pastinya cukup manis buat Shun Yang memandangkan ianya merupakan kejuaraan antarabangsa yang pertama di peringkat senior buatnya sebagai pemain badminton profesional.

Baca: Regu Wanita & Regu Campuran Negara Rangkul Kejuaraan di Hellas International 2021

Tidak cukup dengan itu, pasangan regu muda lelaki negara, Arif Junaidi, 19 tahun dan Muhammad Haikal, 18 tahun turut beroleh kejuaraan dalam saingan beregu lelaki selepas menumpaskan regu Republik Czech juga secara dua kemenangan ‘straight set’ 21-16 dan 21-15.

Untuk makluman semua, ini merupakan kejuaraan kedua yang dirangkul oleh pasangan yang mendapat julukan Patatimo Boys pada tahun ini. Kejuaraan pertama diraih mereka adalah ketika menyertai kejohanan Terbuka Austria, bulan Mei lalu.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia

(Visited 86 times, 1 visits today)
Close