Written by 11:11 am Bola Sepak, Lain-Lain

Sepakan Penjuru Wan Kuzri Sumbang Kemenangan Buat Akron Zips

Pemain skuad bawah 20 tahun (B-20) berpangkalan di Amerika Syarikat, Wan Kuzri Wan Kamal meneruskan konsistensi memberikan sumbangan kepada kemenangan pasukan kolejnya, Akron Zips.

Pada penampilan ketiga bersama Akron menentang pasukan pelawat, Robert Morris, sabtu lalu (waktu Malaysia), sepakan penjuru yang dilakukannya ke dalam kotak penalti membolehkan rakan sepasukannya, Will Jackson merembat bola masuk ke dalam gawang.

Anda boleh tonton video sepakan penjuru oleh Wan Kuzri DI SINI

Gol tersebut memberikan pasukannya mendahului 2-0 pada minit ke-74. Tidak cukup dengan dua gol, Akron Zips yang beraksi di laman sendiri sekali lagi menambahkan jaringan pada minit ke-88 sebelum menamatkan perlawanan dengan skor 3-0.

Menariknya, sejak pemain berusia 19 tahun ini beraksi bersama pasukan kolejnya ini bermula 26 Ogos lalu, Akron Zips belum mencatatkan sebarang kekalahan mahupun seri setakat ini.

Baca: Wan Kuzri Jaring Gol & Cipta ‘Assist’ Bantu Pasukannya Menang Besar 7-1

Sebagai rekod, pemain tengah ini telah menyumbangkan satu gol dan ‘assist’ kepada Akron Zips.

Perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili oleh Wan Kuzri akan melayan kunjungan Pittsburgh di halaman sendiri, pada hari esok (Selasa), dengan sepak mula pada pukul 7 pagi (waktu Malaysia).

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 71 times, 1 visits today)
Close