Written by 8:06 pm Bola Sepak, Futsal, Lain-Lain, Lifestyle • One Comment

Fasiliti Sukan & Rekreasi Komersil Dibenarkan Beroperasi – PM Ismail Sabri

Kerajaan pimpinan Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasiliti sukan dan rekreasi komersil samada terbuka mahupun tertutup kini dibenarkan beroperasi bermula 10 September nanti.

Bagaimanapun, kebenaran dan kelonggaran tersebut khususnya untuk negeri-negeri yang berada di Fasa 1 terhad kepada pelanggan yang telah lengkap divaksin sahaja.

“Fasiliti sukan dan rekreasi komersil terbuka dan tertutup (indoor dan outdoor) dibenarkan beroperasi kepada pelanggan yang lengkap divaksin.” tulis kenyataan Perdana Menteri (PM) menerusi muat naik di pelbagai laman sosialnya, hari ini.

Ini bermakna orang ramai yang telah lengkap divaksin boleh mula menempah padang atau gelanggang futsal untuk menyepak bola bersama rakan-rakan.

Pengumuman ini juga pastinya akan memberikan kelegaan kepada pengusaha-pengusaha padang komersil, gelanggang futsal dan lain-lain perusahaan fasiliti sukan untuk membuka kembali perniagaan mereka.

Sementara itu, dalam muat naik kenyataan yang sama, PM turut mengumumkan peralihan fasa bagi Lembah Klang daripada Fasa 1 kepada Fasa 2 juga bermula 10 September ini.

Featured Image: Rhino Arena & Jurnalmil

(Visited 697 times, 1 visits today)
Close