Written by 12:19 pm Futsal, Malaysia

Piala Futsal AFF 2021: Jadual Perlawanan Bagi Dua Wakil Negara, Selangor MAC & Pahang Rangers

Dua buah pasukan berpangkalan di Malaysia iaitu Selangor MAC dan Pahang Rangers telah terpilih untuk menyertai kejohanan futsal peringkat asia tenggara iaitu Piala Futsal AFF 2021.

Selangor MAC menyertai kejohanan ini selaku juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019 manakala Pahang Rangers pula selaku naib juara dijemput bagi menggantikan sebuah pasukan yang telah menarik diri.

Pasukan Selangor MAC

Kedua-dua pasukan ini akan bersama-sama tiga lagi pasukan lain iaitu Port FC, Freefire Bluewave Chonburi (Thailand) dan Mohahang All Star FC (Kemboja) untuk merebut kejuaraan.

Kejohanan ini akan berlangsung dari 13 hingga 17 September hadapan di Dewan Pusat Membeli-belah Terminal 21, Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand.

Format kejohanan dijalankan secara ‘single round robin’ dimana kesemua pasukan akan menentang sesama sendiri sebanyak sekali.

Setiap kemenangan akan diberikan 3 mata, seri 1 mata dan kekalahan 0 mata. Mana-mana pasukan yang meraih mata tertinggi akan ditabalkan sebagai juara.

Untuk rekod, saingan terdahulu iaitu Piala Futsal AFF 2019 menyaksikan Freefire Bluewave Chonburi yang dahulunya dikenali sebagai PTT Bluewave Choburi muncul sebagai juara.

Berikut adalah jadual perlawanan bagi pasukan Selangor MAC dan Pahang Rangers:

Featured Image: Pahang Rangers FC

(Visited 266 times, 1 visits today)
Close