Written by 6:33 pm Bola Sepak, Lain-Lain

Sambal Bilis Dapat Sambutan Menggalakkan, Bekas Pemain Harimau Malaya Perkenal 3 Produk Baharu

Selain daripada terkenal dengan aksi di atas padang, bekas penyerang, Hairuddin Omar dan bekas pemain tengah skuad Harimau Malaya, Badhri Radzi tidak kurang hebatnya terlibat dalam bidang perniagaan.

April lalu, kedua-duanya yang lebih dikenali sebagai Hai-O dan Piya bergandingan di luar padang dengan mengeluarkan produk yang sedia dimakan (ready to eat) tersendiri iaitu Sambal Bilis dan Sambal Bilis Petai.

Setelah lima bulan di pasaran, sambal yang dipasarkan di bawah jenama Sambal DuoBotak itu mendapat sambutan yang menggalakkan dan memikat selera orang ramai dari dalam dan luar negara. 

Lima produk ‘ready to eat’ keluaran DuoBotak
Hai-O dan Piya menjamu selera dengan tiga produk bahru yang dilancarkan semalam

Dek kerana sambutan yang menggalakkan itu, Hai-O dan Piya membuat keputusan untuk memperkenalkan tiga produk baharu di bawah jenama yang sama iaitu Sambal Bilis Hijau, Sambal Tempoyak Bilis Petai dan Bawang Goreng.

Tiga produk tersebut dilancarkan oleh kedua-dua bekas pemain skuad kebangsaan tersebut selaku duta jenama berkenaan di Pejabat Urusan Adeqsue Resources Sdn Bhd di Kuala Nerus, Terengganu dan turut disiarkan menerusi Facebook Live, semalam.

Selain melancarkan tiga produk berkenaan, Hai-O dan Piya turut melancarkan Promosi Combo Jimat dimana pembeli akan diberikan potongan sebanyak RM20 untuk pembelian kelima-lima jenis produk berkenaan.

Pembelian menerusi promosi ini juga akan layak untuk menyertai peraduan cabutan bertuah yang menjanjikan hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM10,000. 

Untuk makluman semua, promosi ini berlangsung sehingga 7 Oktober 2021.

Untuk yang berminat untuk membeli dan mencuba produk-produk keluaran DuoBotak dan menyertai cabutan bertuah tersebut, anda boleh ke laman Facebook mereka, FB Sambal DuoBotak.

(Visited 311 times, 1 visits today)
Close