Written by 6:49 pm Futsal, Malaysia

FAM Umum Saingan Malaysia Premier Futsal League 2021 Terpaksa Dibatalkan

Sehari selepas Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan fasiliti sukan dan rekreasi komersil samada terbuka mahupun ditutup dibenarkan beroperasi, lain pula nasib yang menimpa kejohanan futsal  peringkat kebangsaan.

Baca: Fasiliti Sukan & Rekreasi Komersil Dibenarkan Beroperasi – PM Ismail Sabri

Menerusi satu pengumuman rasmi oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Saifuddin Abu Bakar, beliau memaklumkan bahawa saingan CUCKOO Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2021 yang telah dirancang sebelum ini terpaksa dibatalkan.

“Ia selepas mengambil kira situasi semasa berkaitan pandemik COVID-19, hal-hal pengoperasian serta keselamatan kesemua pemain, pegawai, petugas perlawanan dan individu yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan penganjuran pertandingan yang dimaksudkan.

Saifuddin Abu Bakar

Baca: FAM Lantik Bekas Perunding Teknikal Oman FA, Saifuddin Abu Bakar Sebagai Setiausaha Agung Baharu

“Keputusan ini juga diambil selaras dengan status penganjuran pertandingan tersebut yang sehingga kini masih belum mendapat kebenaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“FAM turut berasakan bahawa keputusan ini adalah yang terbaik pada ketika ini dan pada masa yang sama memberi lebih ruang kepada setiap pasukan untuk membuat perancangan menghadapi pertandingan ini bagi musim depan.

“FAM ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon kerjasama semua pihak dalam pelaksanaan keputusan dan ketetapan seperti di atas dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kesemua pasukan yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam usaha dan perancangan FAM sebelum ini.” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Selain daripada saingan MPFL 2021, pada penghujung Ogos lalu, badan induk bola sepak negara turut mengumumkan dua saingan yang berada di bawah kelolaan mereka iaitu Piala Presiden dan Piala Belia 2021 dibatalkan.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 68 times, 1 visits today)
Close