Written by 3:45 pm Formula 1, Permotoran

Formula 1: Williams Racing Umum Pelumba Thai, Alex Albon Ganti Kekosongan Ditinggalkan George Russell

Pasukan Formula 1, Williams Racing mengumumkan pelumba Thai-British, Alex Albon akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh George Russell untuk mengharungi perlumbaan musim 2022.

Alex sebelum ini beraksi bersama pasukan Red Bull Racing Honda dan pernah meraih podium sebanyak dua kali pada musim 2020. Selepas itu, pelumba berusia 25 tahun ini ‘diturunkan pangkat’ sebagai pelumba ujian dan simpanan.

Perkembangan ini dimaklumkan secara rasmi oleh Williams Racing menerusi pelbagai plaform media sosialnya.

Untuk makluman semua, Russell yang berlumba bersama-sama pasukan Williams sejak tiga tahun lalu berhijrah menyertai Mercedes-AMG Petronas untuk saingan musim hadapan.

Baca – George Russell: Tahun Depan Saya Pelumba F1 Mercedes

Sementara itu, Williams turut mengesahkan seorang lagi pelumbanya, Nicholas Latifi, 26 tahun, akan kekal bersama-sama mereka untuk mengharungi saingan Formula 1 2022 bersama-sama Alex Albon.

Featured Image: DTM

(Visited 44 times, 1 visits today)
Close