Written by 12:31 pm Lain-Lain

Pemenang Gangsa Olimpik Aaron Chia-Wooi Yik Terima Ganjaran RM180,000 Daripada BAM & 100PLUS

Pemenang pingat gangsa dalam acara badminton beregu lelaki pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menerima insentif berupa wang tunai sebanyak RM180,000 secara keseluruhan.

Insentif tersebut diberikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) disampaikan oleh presidennya sendiri, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang bernilai RM120,000 serta penaja, 100PLUS sebanyak RM60,000 pada hari ini.

Untuk makluman semua, ini merupakan insentif tersendiri yang diberikan oleh BAM bagi menghargai pencapaian oleh beregu muda negara ini yang melakukan penampilan sulung di temasya tersebut, Ogos lalu.

Baca: Kerajaan Melaka Hadiahkan Aaron Chia RM50,000

Sebagai rekod, Aaron Chia-Wooi Yik merupakan regu keempat yang membawa pulang pingat dalam acara ini selepas Razif Sidek-Jalani Sidek (pingat gangsa Sukan Olimpik 1992), Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (pingat perak Sukan Olimpik 1996) dan Goh V Shem-Tan Wee Kiong (pingat perak Sukan Olimpik 2016).

Sementara itu, BAM turut memberikan insentif wang tunai kepada ketua jurulatih beregu lelaki, Flandy Limpele bagi pihak jabatan kejurulatihan.

Featured Image: Astro Arena

(Visited 55 times, 2 visits today)
Close