Written by 11:48 am Lain-Lain

3 Pemenang Emas Paralimpik Dapat Sejuta Mata & Setahun Penghantaran Makanan Percuma oleh Grab

Grab Malaysia mengumumkan memberikan sejuta mata ganjaran (GrabRewards) dan penghantaran makanan percuma selama setahun kepada tiga pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 sebagai tanda penghargaan ke atas kejayaan mereka.

Tiga pemenang pingat emas tersebut ialah Bonnie Bunyau Gustin, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly yang tampil juara dalam acara masing-masing iaitu powerlifting, badminton dan lompat jauh.

Tanda penghargaan ini diumumkan oleh pihak Grab Malaysia menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Yee Khie (kanan) dan Wei Lun (kiri) – Foto: MSN

Sementara itu, dua pemenang pingat perak iaitu Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia) turut diberikan 500,000 mata ganjaran serta penghantaran makanan percuma bagi tempoh yang sama.

Menariknya, Grab Malaysia turut memberikan penghargaan khas kepada atlet lontar peluru paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli dimana penyertaannya tidak dikira oleh penganjur ekoran masalah teknikal.

Ziyad Zolkefli – Foto: MSN

Ziyad diberikan sebanyak 50,000 mata ganjaran dan juga penghantaran makanan percuma selama setahun.

Sebagai tambahan, kesemua atlet para negara yang lain serta Kontinjen Malaysia yang bersama-sama membantu mereka pada temasya berkenaan tempoh hari turut diberikan tanda penghargaan oleh Grab Malaysia.

Featured Image: Majlis Sukan Negara

(Visited 20,985 times, 1 visits today)
Close