Written by 2:26 pm Bola Sepak, Malaysia

Discovery Channel Akan Siar Dokumentari ‘Rise of The Southern Tigers’ di Asia Tenggara, Taiwan & Hong Kong

Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berbesar hati mengumumkan bahawa syarikat penerbitan 108 Media telah menandatangani perjanjian dengan Discovery, Inc untuk menyiarkan Fearless: Rise of the Southern Tigers di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

“Saya gembira kini lebih banyak tempat di asia dapat menonton kisah hebat mengenai Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim dan bagaimana kami bekerja keras di belakang tabir bagi memastikan kejayaan di dalam dan luar padang,” titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang juga pemilik JDT.

Pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim

Lynn Ng, Ketua Bahagian Kandungan Asia Pasifik Discovery, Inc berkata, “Discovery sentiasa melihat kepada kisah-kisah tempatan mengagumkan yang bergema di seluruh Asia Pasifik.” 

“Sebagai sukan paling popular Asia Tenggara, kebangkitan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim adalah satu kisah kejayaan yang diraikan oleh semua, dan kami teruja untuk membawakan siri ini kepada penonton di rantau ini.”

Baca – Presiden FIFA: Kejuaraan JDT Hasil Kerja Keras, Keghairahan & Komitmen Semua Orang di Kelab

Fearless: Rise of the Southern Tigers mengisahkan cerita di belakang tabir bagaimana JDT diuruskan dan perubahan yang dilalui bola sepak Johor sejak DYAM Tunku Ismail mengambil alih pada tahun 2013.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora

Antara kisah yang diceritakan dalam siri ini adalah mengenai visi DYAM Tunku Ismail untuk Johor dan bola sepaknya, bagaimana telitinya Tunku Mahkota Johor ini dalam setiap segi, bagaimana kelab ini berkembang sedikit demi sedikit, perbincangan dalam membuat keputusan untuk kelab, para penyokong Bangsa Johor yang setia dan banyak lagi. Isteri kepada Tunku Mahkota Johor, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam turut menceritakan pengalaman Baginda dan menerangkan bagaimana bersemangatnya DYAM Tunku Ismail.

Baca: Pernah Dikaitkan Dengan JDT, Falcao Pilih Kembali Ke Saingan La Liga Sertai Rayo Vallecano

Siri ini juga memaparkan temubual bersama Pengarah Teknikal Alistair Edwards, Pengarah Sukan Martin Prest, Ketua Jurulatih Benjamin Mora, bekas pengurus Luciano Figueroa, jurulatih-jurulatih Akademi JDT, pemain, penyokong dan beberapa individu di JDT. Krew kamera juga mengikuti beberapa pemain dan ketua jurulatih ke kediaman masing-masing. 

Tayangan perdana Fearless: Rise of The Southern Tigers akan disiarkan pada 11 September jam 9 malam (waktu Malaysia) di saluran Discovery Asia di rantau Asia Tenggara, Taiwan dan Hong Kong.

(Visited 51 times, 1 visits today)
Close