Written by 5:00 pm Futsal, Malaysia

Piala Futsal AFF 2021: Selangor MAC Menang Besar Ke Atas Pahang Rangers

Setelah bermula dengan langkah kiri dalam perlawanan pertama, Selangor MAC berjaya meraih kemenangan besar pada perlawanan kedua Piala Futsal AFF, pada hari ini.

Kemenangan tersebut diraih oleh Selangor MAC ketika beraksi menentang sebuah lagi wakil negara iaitu Pahang Rangers yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Sepanyol, Gerard Casas.

Mereka tanpa belas kasihan membelasah Pahang Rangers dengan keputusan 5-1. Kemenangan ini juga memberikan mereka 3 mata pertama dalam kejohanan ini.

Foto: Pahang Rangers

Sementara itu, Pahang Rangers kekal tanpa sebarang mata apabila turut tumpas pada perlawanan pembukaan menentang wakil Thailand, Port FC, semalam.

Esok, Pahang Rangers akan dijadualkan menentang wakil Kemboja, Mohahang All Star FC pada pukul 3 petang waktu Malaysia sementara Selangor MAC akan turun pada pukul 7 malam untuk menentang Port FC pada perlawanan ketiga.

(Visited 216 times, 1 visits today)
Close