Written by 5:17 pm Futsal, Malaysia

Piala Futsal AFF 2021: Pahang Rangers ‘Kenduri’ 12 Gol Tumpaskan Wakil Kemboja

Selepas mengharungi dua perlawanan dengan kekalahan, Pahang Rangers ‘mengamuk’ pada perlawanan ketiga saingan Piala Futsal AFF 2021, hari ini.

Skuad bimbingan jurulatih kelahiran Sepanyol, Gerard Casas itu berhasil mencatatkan kemenangan 12-2 ke atas wakil Kemboja, Mohahang All Star FC dalam perlawanan yang berlangsung di Terminal 21, Korat, sebentar tadi.

Khairul Effendy Bahrin berhasil mencatatkan hatrik dalam perlawanan ini sementara Khaiyum Khaimi, Awalludin Mat Nawi dan Azrol Hairun menjaringkan dua gol masing-masing.

Baki tiga gol lagi dijaringkan oleh Ridzwan Bakri, Akram Mukhriz dan gol sendiri oleh pemain pasukan lawan.

Kemenangan pertama ini membolehkan Pahang Rangers mengutip 3 mata permata dalam saingan ini.

Untuk makluman semua, Pahang Rangers mempunyai baki satu lagi perlawanan yang perlu diharungi dalam kejohanan ini.

Perlawanan tersebut adalah menentang wakil Thailand, Freefire Bluewave Chonburi pada hari esok dengan sepak mula dijadualkan pada jam 3 petang waktu Malaysia.

Anda boleh menonton ulangan perlawanan antara kedua-dua pasukan pada pautan INI.

(Visited 498 times, 1 visits today)
Close