Written by 2:31 pm Bola Sepak, Malaysia

Pembinaan 2 Buah Padang Untuk ‘Home’ Sibu District Football Club Dimulakan

Pembinaan dua buah padang bola sepak di daerah Sibu yang dicadangkan untuk dijadikan sebagai ‘home ground’ bagi Sibu District Football Club telah dimulakan.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nangka, Dr. Annuar Rapaee menerusi laman Facebook miliknya, semalam.

Tangkap layar Facebook Dr. Annuar Rapaee

Beliau memaklumkan salah sebuah padang tersebut akan dibina di Perumahan Baru Kemuyang menggunakan rumput asli dan disertakan dengan lampu limpah.

Sementara itu, sebuah lagi padang akan dibina di Permai, Sibu menggunakan rumput sintetik dan turut disertakan dengan lampu limpah agar dapat digunakan pada waktu malam.

Menerusi satu perkongsian oleh Annuar sebelum ini, anggaran kos untuk membina padang menggunakan rumput asli berjumlah RM2 juta sementara padang menggunakan rumput sintetik pula dianggarkan RM2.25 juta.

Difahamkan perancangan untuk membina dua buah padang ini telah dilakukan sejak tahun lepas. Ianya untuk memajukan dan mengembalikan maruah bola sepak di daerah Sibu.

Featured Image: Dr. Annuar Rapaee & Sibu District Football Club

(Visited 1,814 times, 1 visits today)
Close