Artikel

Piala Futsal AFF 2021: Selangor MAC ‘Bantai’ Wakil Kemboja & Akhiri Saingan di Tempat Ke-3

Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2019, Selangor MAC berhasil menumpaskan wakil Kemboja, Mohahang All Star FC dengan keputusan 7-2 pada hari ini.

Dalam perlawanan tersebut, Ekmal, Yazadh dan Danial Dain menjaringkan dua gol dan Azwann menjaringkan satu gol sekaligus memastikan Selangor MAC mengutip 3 mata yang kedua dalam kejohanan ini.

Perlawanan menentang wakil Kemboja ini juga merupakan yang terakhir dihadapi oleh Selangor MAC dan secara tidak rasminya, pasukan yang dibimbing oleh Addy Shairullyzam menamatkan saingan Piala Futsal AFF 2021 di tempat ketiga.

Sementara itu, sebuah lagi wakil negara iaitu Pahang Rangers yang dibimbing oleh Gerard Casas pula menduduki tangga keempat setelah mencatatkan satu kemenangan dan tiga kekalahan.

Juara bagi kejohanan ini sedang direbut oleh dua wakil Thailand iaitu Freefire Bluewave Chonburi dan Port FC yang mengumpul 9 mata yang sama selepas mengharungi 3 perlawanan.

Perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan tersebut akan berlangsung pada 7 malam ini, waktu Malaysia.

Featured Image: Selangor MAC

komen