Written by 1:02 pm Bola Sepak, Malaysia

Skuad Kebangsaan Bertemu Jordan & Uzbekistan Pada Perlawanan Persahabatan Bulan Oktober

Skuad bola sepak kebangsaan kendalian Tan Cheng Hoe akan turun beraksi menentang dua pasukan dari benua asia pada rehat antarabangsa, bulan Oktober nanti.

Menurut laporan akhar tempatan berbahasa inggeris, New Straits Times, skuad Harimau Malaya bakal bertemu pasukan yang menduduki ranking ke-84 dan ke-93 dunia iaitu Uzbekistan dan Jordan masing-masing.

Kedua-dua perlawanan persahabatan tersebut bakal dilangsungkan di Amman, Jordan antara tempoh 4-12 Oktober kelak. Ianya sebahagian daripada persiapan Malaysia untuk mengharungi pusingan tiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada tahun hadapan.

Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe – Foto: FAM

Baca: Pemain Terengganu, KL City, Kedah, Penang & PJ City Dalam Penilaian Cheng Hoe Untuk Dipanggil ke Skuad Kebangsaan

Sementara itu, bercakap mengenai pemain yang akan dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan, Cheng Hoe mendedahkan perancangannya untuk memanggil pemain-pemain yang beraksi di luar negara.

Ia termasuk pertahanan yang beraksi di eropah, Dion Cools (FC Midtjylland), penyerang muda, Luqman Hakim (KV Kortrijk) serta pemain-pemain yang beraksi dalam saingan Liga Thailand.

“Ini merupakan rehat antarabangsa FIFA, jadi kami bercadang untuk memanggil nama-nama seperti Cools, Luqman Hakim Shamsudin, Dominic Tan dan Junior Eldstal.

“Jika di luar rehat antarabangsa FIFA, kami tidak boleh memanggil mereka kerana berhadapan dengan masalah pelepasan daripada kelab masing-masing.” kata Cheng Hoe seperti dipetik daripada New Straits Times.

Untuk makluman semua, pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 akan berlangsung pada Februari hingga September tahun hadapan.

Featured Image: Football Association of Malaysia

(Visited 10,221 times, 1 visits today)
Close