Written by 12:34 pm Lain-Lain

Kejohanan Silat Dunia Bakal Berlangsung Pada Julai 2022 di Malaysia

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) mengesahkan kejohanan dunia bagi sukan tempur tersebut akan berlangsung pada 21 hingga 30 Julai 2022 dengan Malaysia selaku tuan rumah.

Pengesahan penganjuran kejohanan edisi ke-20 itu dimaklumkan oleh Presiden Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan dilaporkan oleh media tempatan, Utusan Malaysia.

Sementara itu, selain daripada Kejohanan Silat Dunia, atlet-atlet silat negara perlu bersedia untuk mengharungi beberapa kejohanan serta temasya sukan yang lain yang turut dijadualkan pada tahun hadapan.

Presiden PESAKA, Datuk Megat Zulkarnain Omardin – Foto: PESAKA

Baca: Acara Silat Bakal Ke Sukan Olimpik

“Ya betul, ada banyak kejohanan tahun depan termasuk Sukan SEA yang tertunda, Sukan Dalam Dewan dan Seni Mempertahankan Diri Asia, Liga Silat dan macam-macam lagi.

“Kita tidak boleh tunda lagi Kejohanan Dunia sebab kita tidak mahu berdepan pelbagai risiko sehingga mengganggu roadmap silat.

“Jadi, mahu tidak mahu, mereka perlu mengharungi jadual padat ini tahun depan, saya yakin mereka semua tidak sabar untuk berjuang,” katanya dalam sesi borak santai secara maya bersama rakan media sukan, dua hari lalu.

Untuk makluman semua, Kejohanan Silat Dunia kali ke-20 ini sepatutnya diadakan pada tahun 2020, bagaimanapun, ianya terpaksa ditunda ekoran pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia pada ketika itu.

Featured Image: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia – PESAKA

(Visited 44 times, 1 visits today)
Close