Written by 6:02 pm Hoki, Malaysia

Skuad Muda Hoki Turut Terbang Ke UK, Persiapan Untuk Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021

Barisan pemain muda hoki kebangsaan atau Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan akan turut terbang ke London bagi mengikuti Siri Jelajah United Kingdom (UK) 2021.

Jelajah ini merupakan persiapan buat anak-anak buah Wallace Tan untuk mengharungi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang akan berlangsung di India pada 24 November hingga 5 Disember kelak.

Menurut makluman oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), barisan pemain muda ini akan berada di UK bermula 26 September hingga 16 Oktober.

Sebelum ini, MHC telah memaklumkan, skuad senior kebangsaan terbang ke London pada 19 September untuk menyertai Siri Jelajah United Kingdom sebagai persiapan untuk mengharungi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022.

Baca: Skuad Hoki Kebangsaan Lakukan Persiapan Untuk Harungi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di United Kingdom

“Skuad bimbingan Wallace Tan mempunyai misi untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 yang dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini di India dan siri jelajah ini amat penting untuk digunakan oleh mereka dengan sebaiknya.

“Setelah sekian lama tiada perlawanan kompetitif untuk mereka, jadi 21 pemain yang menyertai siri jelajah ini termasuk dua penjaga gol, tujuh pemain pertahanan, enam pemain di posisi tengah dan enam pemain di bahagian serangan perlu memanfaatkan semua perlawanan persahabatan yang telah diatur untuk mereka.

“Sebanyak lapan perlawanan telah diatur buat skuad remaja negara sepanjang keberadaan mereka di sana. Ini termasuk dua perlawanan menentang pasukan kelab dan enam perlawanan lagi bertemu Skuad B-21 England, B-23 Wales dan B-23 Scotland,” jelas Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan MHC, Dato’ Ahmad Najmi.

Berikut adalah senarai 21 pemain muda yang akan terbang untuk mengikuti Siri Jelajah United Kingdom 2021:

Featured Image: Malaysian Hockey Confederation

(Visited 118 times, 2 visits today)
Close