Written by 6:04 pm Lain-Lain

Vietnam Diberi Tempoh Sehingga Oktober Tentukan Status Sukan SEA 2021

Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA 2021, Vietnam diberikan tempoh sehingga Oktober hadapan oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAFG) untuk menentukan status temasya sukan dwitahunan tersebut.

Menurut laporan Sports247, Presiden Jawatankuasa Olimpik Filipina (POC), Abraham Tolentino menerusi laporan media antarabangsa menyatakan, SEAGF mahu Vietnam membuat keputusan samada meneruskan temasya ini pada tahun 2022 atau dibatalkan.

Satu mesyuarat secara atas talian dilangsungkan pada jumaat lalu dan Tolentino turut memaklumkan Mei 2022 sebagai tarikh yang sesuai untuk menganjurkan Sukan SEA Vietnam 2021 dan kesemua 11 negara yang bertanding mempersetujuinya.

Baca: Sukan SEA Vietnam Ditunda Ke Tahun 2022 Ekoran Situasi Semasa Pandemik

Untuk makluman semua, Vietnam memutuskan untuk menunda penganjuran Sukan SEA 2021 pada Julai lalu ekoran situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara tersebut.

Sementara itu, tuan rumah Sukan SEA 2023, Kemboja mengesahkan akan menganjurkan temasya kali ke-32 kelak sekitar bulan Februari selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Antara perkembangan lain, Sports247 turut melaporkan temasya Sukan SEA 2025  iaitu temasya kali ke-33 akan dianjurkan di Thailand.

(Visited 119 times, 1 visits today)
Close