Written by 1:42 pm Lain-Lain

Kenali Ketua Jurulatih Malaysia 15’s Baharu, Rodney So’oialo – Bekas Pemain All Blacks

Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengumumkan bekas pemain New Zealand, Rodney So’oialo sebagai ketua jurulatih skuad ragbi negara 15 sebelah (15’s) yang baharu, pada hari ini.

Perlantikan bekas pemain skuad yang terkenal dengan julukan All Blacks itu dibuat menggantikan pengendali sebelum ini yang merupakan kelahiran New Zealand iaitu Brad Mika.

Menurut perkongsian oleh laman sosial KRM, jurulatih berusia 41 tahun ini sangat teruja untuk memulakan tugasnya dan sedia mengambil sebarang cabaran untuk mengembalikan kemenangan dan kegemilangan kepada skuad Bunga Raya 15’s.

Beliau turut mengharapkan semua penyokong dapat memberikan sokongan kepada pasukan sepanjang masa terumatanya semasa sesi latihan dan perlawanan agar dapat membina hubungan yang baik antara kedua-dua pihak.

Kejohanan terdekat yang akan dikendalikan oleh Rodney buat skuad Bungan Raya 15’s adalah Kejohanan Ragbi Asia yang akan bermula pada Januari 2022 kelak.

Berikut adalah biodata ringkas ketua jurulatih skuad Bunga Raya 15’s yang baharu, Rodney So’oialo:

Nama: Rodney So’oialo 

Umur: 41 Tahun

Tarikh Lahir: 3 Oktober 1979

Tempat Lahir: Moto’otua, Samoa

Penampilan Sebagai Pemain: 62 Penampilan Bersama All Blacks

Pencapaian Sebagai Pemain: Pingat Emas (Piala Dunia Rugbi 7’s 2001 dan Sukan Komanwel 2002)

Pengalaman Kejurulatihan:

Honda Heat Japan (Player Coach, 2011-2012)

Wellington Lions, New Zealand (Coach, 2016-2017)

Verona Rugby Club, Itali ( Coach, 2018-2019)

Tawa Rugby Club, New Zealand (Panel Pemilihan, 2020)

Featured Image: All Blacks

(Visited 144 times, 1 visits today)
Close