Written by 2:12 pm Bola Sepak, Malaysia

Selangor Dapat Tajaan Joma Bernilai RM4.2 Juta & Kontrak Dilanjutkan Sehingga 2023

Selangor FC akan terus menyarung jersi jenama sukan antarabangsa dari Sepanyol iaitu Joma selama dua tahun lagi.

Ianya selepas pasukan yang terkenal dengan julukan Red Giants ini mengumumkan melanjutkan kontrak bersama Joma sehingga tahun 2023, pada hari ini.

Menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan kelab, Joma bersetuju untuk menaja Selangor dengan nilai tajaan RM2.1 juta setahun meliputi penajaan set jersi sepenuhnya untuk skuad Liga Super dan skuad Liga Premier. 

Jersi HOME Selangor Musim 2021 yang dikeluarkan oleh Joma

Tiadak ketinggalan, ianya turut merangkumi set jersi kepada skuad Piala Presiden, skuad Piala Belia, skuad futsal lelaki dan wanita termasuk set latihan. 

Selain itu, tajaan Joma juga meliputi pakaian kepada kesemua pengadil Liga FAS termasuk pakaian kasual perjalanan dan penajaan tunai kepada kelab.

Untuk makluman semua, perjanjian antara Selangor dan Joma ini bermula pada tahun 2019 yang lalu. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon, sepanjang 3 musim bersama Joma, lebih 100,000 unit jersi telah terjual.

Sebagai tambahan, jenama Joma diasaskan pada tahun 1965 kini boleh didapati di lebih 70 negara dunia. Ia turut membekalkan jersi kepada lebih 250 pasukan seluruh dunia termasuk Swansea City, Getafe, Villarreal, Ukraine, Romania, dan banyak lagi.

(Visited 84 times, 1 visits today)
Close