Written by 3:22 pm Asia, Bola Sepak

Jurulatih Brazil-Jerman, Alexandre ‘Mano’ Polking Dipilih Kemudi Skuad Kebangsaan Thailand

Selepas kontrak jurulatih Akhira Nishino dua bulan yang lalu, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) mengumumkan melantik ketua jurulatih bagi skuad kebangsaan mereka yang baharu, pada hari ini.

Menurut makluman badan induk bola sepak negara terbabit, jurulatih Brazil-Jerman iaitu Alexandre Polking atau dikenali sebagai Mano Polking menjadi pilihan skuad yang dikenali sebagai Gajah Perang tersebut.

Artikel Berkaitan: Thailand Tamatkan Kontrak Akira Nishino Kerana Tak Capai Sasaran

Polking tidak begitu asing dengan bola sepak Thailand kerana dia telah berkelana di negara berkenaan sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu, jurulatih berusia 45 tahun ini berperanan selaku penolong ketua jurulatih skuad kebangsaan Thailand.

Selepas daripada itu, Polking melatih beberapa kelab dalam saingan Liga Thailand seperti Army United, Suphanburi dan Bangkok United sebelum berhijrah ke Vietnam untuk mengemudi Ho Chi Minh City pada tahun 2020.

Seiring dengan perlantikan selaku ketua jurulatih Thailand, Polking bakal berhadapan dengan tugasan yang berat dalam tempoh terdekat ini. 

Pertamanya, beliau perlu mengemudi Thailand untuk beraksi dalam kancah Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula pada penghujung tahun ini. Untuk rekod, Thailand telah diundi dalam Kumpulan A bagi saingan dwitahunan tersebut.

Seterusnya, dia perlu membimbing Thailand untuk beraksi dalam pusingan tiga kelayakan Piala Asia 2023 yang akan berlangsung pada tahun hadapan.

Featured Image: True Bangkok United

(Visited 516 times, 1 visits today)
Close