Written by 7:06 pm Asia, Bola Sepak

Piala AFF 2020: Singapura Dipilih Sebagai Tuan Rumah Kejohanan

Teka-teki mengenai hos bagi kejohanan bola sepak dwitahunan asia tenggara iaitu Piala AFF Suzuki 2020 terjawab apabila negara seberang tambak, Singapura dipilih sebagai tuan rumah bagi kejohanan tersebut.

Perkara tersebut telah diumumkan secara rasmi menerusi pelbagai platform laman sosial badan induk bola sepak negara berkenaan iaitu Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), pada hari ini.

Bagaimanapun, pengumuman ringkas oleh FAS itu tidak menyatakan stadium manakah yang akan menjadi venue bagi saingan peringkat Kumpulan A dan B serta perlawanan kalah mati yang akan dijalankan secara berpusat pada kali ini.

Artikel Berkaitan: Malaysia Diundi Bersama Juara Bertahan, Vietnam Serta Indonesia, Kemboja dan Laos

Besar kemungkinan ianya akan dilangsungkan di dua buah stadium iaitu Stadium Nasional dan Stadium Jalan Besar.

Untuk makluman semua, kejohanan ini dijadualkan berlangsung bermula 5 Disember 2021 sehingga 1 Januari 2022.

Featured Image: FAS

(Visited 56 times, 1 visits today)
Close