Artikel

Dato’ Shahrul Zaman Yahya Dilantik Sebagai CDM Sukan Komanwel 2022

Mesyuarat Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang diadakan pada 14 September lalu meluluskan perlantikan YB Dato’ Shahrul Zaman Yahya sebagai Chef De Mission (CDM) Kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Perkara tersebut disampaikan menerusi satu muat naik oleh akaun media sosial, Olympic Council of Malaysia, sebentar tadi.

Artikel Berkaitan: Majlis Olimpik Malaysia Intai Untuk Anjur Temasya Sukan Asia 2038

Shahrul Zaman yang merupakan Naib Presiden MOM merangkap Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) turut mempengerusikan mesyuarat bersama Setiausaha Agung MOM serta pegawai tertinggi pihak pengurusan mengenai persiapan Kontinjen Malaysia ke temasya berkenaan, pada hari ini.

Untuk makluman semua, Sukan Komanwel tersebut akan berlangsung di Birmingham, England bermula 28 Julai sehingga 8 Ogos 2022.

Featured Image: OCM

komen