Written by 5:50 pm Badminton, Malaysia

Rekod Pertemuan Juara All England, Zii Jia vs Pemain No.1 Dunia, Kento Momota

Saingan Piala Sudirman 2021 bagi peringkat Kumpulan D bakal memasuki perlawanan terakhir. Pasukan Malaysia yang diketuai oleh Lee Zii Jia bakal turun berentap dengan Jepun bagi menentukan juara bagi kumpulan, malam ini.

Bercakap mengenai perlawanan yang dijadualkan bermula 9 malam nanti, pertemuan melibatkan kategori perseorangan lelaki yang dijangkakan melibatkan juara Kejohanan All England 2021, Lee Zii Jia menentang pemain No.1 dunia, Kento Momota bakal menjadi pertarungan paling dinantikan oleh seluruh peminat badminton tanah air.

Lee Zii Jia ketika beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 – Foto: MSN

Jika dibandingkan prestasi ketika di temasya Olimpik baru-baru ini, Zii Jia yang berumur 23 tahun dilihat lebih menyerlah apabila berhasil mara sehingga ke peringkat pusingan 16 sebelum ditumpaskan oleh juara bertahan pada ketika itu, Chen Long.

Artikel Berkaitan: Lepas Ni Cari Tempat ‘Training’ Kat Melaka, Pesan Chong Wei Kepada Zii Jia

Manakala Momota yang berusia 27 tahun pula dikejutkan oleh pemain Republik Korea, Heo Kwang-hee sekaligus menyaksikan Momota terkandas di peringkat kumpulan dan gagal mara ke saingan kalah mati di temasya berkenaan, Ogos lalu.

Sementara itu, jika dilihat berdasarkan rekod, kedua-dua pemain ini telah bertemu sebanyak tujuh kali.

Namun begitu, sekitar 86% pertemuan memihak kepada pemain badminton kelahiran negara matahari tersebut. Bertambah menarik, 86% kemenangan yang diraih sejak pertemuan kali pertama pada tahun 2017 dimenangi secara ‘straight set’ oleh Momota.

Rekod pertemuan melibatkan Lee Zii Jia menentang Kento Momota adalah seperti berikut:

Pertemuan 1

Kejohanan: Yonex All England Open Badminton Championships 2021

Tarikh: 19 Mac 2021

Peringkat: Separuh Akhir

Keputusan: 21-16, 21-19 (Zii Jia Menang)

Pertemuan 2

Kejohanan: PERODUA Malaysia Masters 2020

Tarikh: 11 Januari 2020

Peringkat: Separuh Akhir

Keputusan: 10-21, 19-21 (Momota Menang)

Pertemuan 3

Kejohanan: Fuzhou China Open 2019

Tarikh: 7 November 2019

Peringkat: Pusingan 2

Keputusan: 9-21, 3-11 Retired (Momota Menang)

Pertemuan 4

Kejohanan: Korea Open 2019

Tarikh: 27 September 2019

Peringkat: Suku Akhir

Keputusan: 15-21, 19-21 (Momota Menang)

Pertemuan 5

Kejohanan: TOTAL BWF World Championships 2019

Tarikh: 23 Ogos 2019

Peringkat: Suku Akhir

Keputusan: 12-21, 8-21 (Momota Menang)

Pertemuan 6

Kejohanan: TOTAL BWF Sudirman Cup 2019

Tarikh: 25 Mei 2019

Peringkat: Kumpulan 1

Keputusan: 18-21, 16-21 (Momota Menang)

Pertemuan 7

Kejohanan: LI-NING Czech Open 2017

Tarikh: 30 September 2017

Peringkat: Separuh Akhir

Keputusan: 8-21, 10-21 (Momota Menang)

Sumber: BWF

(Visited 505 times, 5 visits today)
Close