Written by 1:33 pm Bola Sepak, Lain-Lain

Liberia Tanpa Kelibat Kpah Sherman Tumpas 0-2 Kepada Mesir

Skuad kebangsaan Liberia yang beraksi tanpa kelibat penyerang Kedah Darul Aman, Kpah Sherman dan pemain-pemain lain yang beraksi di luar negara terpaksa akur tumpas 0-2 kepada Mesir.

Pertemuan menentang Mesir yang berlangsung pada awal pagi tadi di Stadium Borg El Arab merupakan perlawanan persahabatan yang dirancang oleh ketua jurulatihnya, Peter Butler sebagai persiapan untuk mengharungi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 kelak.

Mereka tidak dapat menyenaraikan Kpah serta pemain lain yang beraksi di luar negara kerana perlawanan tersebut dijalankan di luar daripada tempoh rehat antarabangsa Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang bermula 3 hingga 13 Oktober.

Peter Butler – Foto: LFA

Kelab-kelab pula tidak diwajibkan untuk melepaskan pemain-pemain mereka walaupun mendapat panggilan daripada skuad kebangsaan dalam di luar tempoh tersebut. 

Oleh demikian, Butler yang pernah membimbing beberapa pasukan di Malaysia hanya menggunakan 100% pemain yang beraksi dalam saingan Liga Liberia pada perlawanan tersebut.

Bagi perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022, Liberia atau nama julukannya Lone Star yang berada dalam Kumpulan C dijadualkan menentang Cape Verde pada 7 dan 11 Oktober nanti.

Kpah Sherman (nombor 9) ketika beraksi bersama skuad kebangsaan Liberia

Video: Jaringan Tunggal Kpah Bantu Liberia Raih Kemenangan Pertama Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Setakat berita ini ditulis, pihak Persatuan Bola Sepak Liberia (LFA) belum memaklumkan samada akan menyenaraikan dan memanggil Kpah pada perlawanan menentang Cape Verde kelak.

Untuk makluman semua, Liberia sedang berada di tangga kedua Kumpulan C – di bawah Nigeria – dengan mengumpul 3 mata setelah meraih satu kemenangan daripada dua perlawanan peringkat kelayakan yang diharungi pada bulan lalu.

Mereka meraih kemenangan ketika menentang Republik Afrika Tengah dan penyerang skuad Hijau Kuning muncul penjaring tunggal dalam perlawanan tersebut.

Featured Image: Kedah Darul Aman

(Visited 3,784 times, 1 visits today)
Close