Written by 2:23 am Bola Sepak, Malaysia

Pemain Muda Kedah Dipanggil Cheng Hoe Ganti Akhyar Rashid Yang Mengalami Kecederaan

Pemain muda Kedah Darul Aman, Fayadh Zulkifli Amin menjadi nama baharu yang dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe menyertai skuad kebangsaan.

Pemain sayap versatil yang berusia 23 tahun itu disenaraikan oleh Cheng Hoe bagi menggantikan tempat pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid yang tidak dapat menyertai skuad kebangsaan kerana mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan: Cheng Hoe Panggil Bek Tengah Terengganu Ganti Dion Cools Sertai Skuad Kebangsaan

Akhyar atau dikeali sebagai Matyat ketika beraksi menentang Perak dalam saingan Liga Super – Foto: JST

Artikel Berkaitan: Tan Cheng Hoe Nafi 8 Pemain JDT Tidak Mendapat Pelepasan Kelab

Perkembangan tersebut disampaikan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi pelbagai platform media sosialnya, malam tadi.

Dimaklumkan, Fayadh akan melaporkan diri ke skuad kebangsaan di ibu negara, Kuala Lumpur, pada petang ini.

Fayadh akan menyertai 23 pemain yang lain untuk terbang ke Amman, Jordan pada 2 Oktober bagi menghadapi dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang Jordan dan Uzbekistan.

Featured Image: Kedah Darul Aman

(Visited 3,296 times, 1 visits today)
Close