Written by 3:43 am Badminton, Malaysia

Piala Sudirman 2021: Malaysia Diundi Bertemu Indonesia Pada Peringkat Suku Akhir

Setelah tamat saingan peringkat kumpulan bagi kejohanan Piala Sudirman 2021, satu majlis undian telah dijalankan untuk menentukan pertembungan bagi lapan pasukan terbaik pada saingan kalah mati.

Hasil undian tersebut, pasukan Malaysia yang muncul naib juara Kumpulan D telah diundi bertemu pasukan jiran tetangga, Indonesia pada peringkat suku akhir. Undian ini merupakan satu cabaran yang besar untuk dihadapi oleh skuad kebangsaan lebih-lebih lagi dibarisi pemain-pemain muda.

Artikel Berkaitan: Tumpas 4-1 Kepada Jepun, Skuad Negara Muncul Naib Juara Kumpulan D

Barisan pemain skuad Indonesia kejohanan Piala Sudirman 2021.

Indonesia hadir ke saingan ini diperkuatkan dengan nama-nama gah seperti Anthony Sinisuka Ginting (perseorangan lelaki), Marcus Gideon-Kevin Sukamuljo dan Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan (beregu lelaki), Greysia Polii-Apriyani Rahayu (beregu wanita), Gregoria Tunjung (perseorangan wanita) dan lain-lain lagi.

Artikel Berkaitan: Aaron Chia-Woi Yik Cipta Kejutan Kalahkan Regu No.1 Dunia ‘The Minions’

Untuk makluman semua, Indonesia cemerlang melepasi cabaran di peringkat kumpulan dan muncul juara Kumpulan C dengan menumpaskan Denmark, Persekutuan Kebangsaan Badminton Rusia (NBFR) dan Kanada.

Sementara itu, dimaklumkan kedua-dua pasukan yakni Malaysia dan Indonesia dijadualkan turun berentap di peringkat suku akhir pada jam 9 malam nanti waktu Malaysia.

Sebagai tambahan, undian turut menyaksikan China berhadapan Denmark, Korea bertemu Thailand dan akhir sekali, Chinese Taipei menentang Jepun.

Berikut adalah ‘bracket’ keseluruhan bagi saingan peringkat suku akhir hasil daripada undian yang dijalankan:

Tangkap layar hasil undian Piala Sudirman 2021 peringkat suku akhir (waktu Finland).

Featured Image: Olympics

(Visited 192 times, 1 visits today)
Close