Written by 2:00 am Badminton, Malaysia

Piala Sudirman 2021: Tumpas 4-1 Kepada Jepun, Skuad Negara Muncul Naib Juara Kumpulan D

Hasrat untuk melihat pasukan negara menjuarai Kumpulan D dalam saingan Piala Sudirman 2021 tidak menjelma apabila Malaysia tumpas 4-1 kepada Jepun.

Sebaliknya, Malaysia yang dibarisi oleh majoriti pemain-pemain muda terpaksa berpuas hati selaku naib juara kumpulan setelah tamatnya perlawanan melibatkan kedua-dua pasukan, awal pagi tadi, waktu Malaysia.

Pasukan negara bermula dengan langkah kanan menerusi beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berhasil meraih kemenangan ke atas regu ke-16 dunia, Takuro Hoki-Yugo Kabayashi dengan keputusan 22-20, 14-21 dan 21-16.

Bagaimanapun Jepun berjaya menyamakan kedudukan melalui pemain perseorangan wanita mereka yang menduduki ranking kelima dunia, Akane Yamaguchi dengan mudahnya menundukkan Kisona Selvaduray secara ‘straight set’ 14-21 dan 14-21.

Barisan pemain Malaysia yang dipertaruhkan menentang Jepun

Beralih kepada kapten pasukan Lee Zii Jia bertemu pemain No.1 dunia, Kento Momota. Ketika ramai menjangkakan pemain kelahiran Kedah mampu menghadirkan kemenangan, sebaliknya, Momota yang berhasil meraih kemenangan ‘straight set’ 18-21 dan 10-21.

Nasib yang sama menimpa beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah apabila mereka turut tumpas ‘straight set’ dengan keputusan 16-21 dan 17-21 kepada regu ke-10 dunia, Nami Matsuyama-Chiharu Shida.

Malaysia turut menutup perlawanan menentang Jepun dengan kekalahan apabila beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See tumpas kepada beregu No.5 dunia, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, dengan keputusan 16-21 dan 9-21.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia/Badminton Photo

(Visited 170 times, 1 visits today)
Close