Artikel

Bekas Import Terengganu, Sanjar Shaakhmedov Tidak Akan Turun Menentang Harimau Malaya

Kelibat bekas pemain import Terengganu FC, Sanjar Shaakhmedov tidak akan kelihatan pada Perlawanan Antarabangsa Tier 1 antara Malaysia menentang Uzbekistan pada 9 Oktober nanti.

Hal ini kerana Sanjar yang merupakan pemain tengah menyerang kelahiran Uzbekistan tidak disenaraikan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan negara terbabit, Srecko Katanec untuk dibawa bagi menentang skuad Harimau Malaya dan Jordan pada bulan ini.

Senari 25 pemain Uzbekistan yang dipanggil untuk bertemu Malaysia dan Jordan

Artikel Berkaitan: Kedah Tiada Sebarang Rundingan Bersama Sanjar Shaakhmedov

Untuk makluman semua, nama pemain tengah licik yang bermain bersama FK AGMK ini dipanggil ketika Uzbekistan mengharungi baki saingan Kumpulan D melibatkan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada Jun lalu.

Sepanjang bersama Terengganu selama dua musim sejak tahun 2019, Sanjar menjadi aset pasukan dengan kelebihannya mencipta ‘assist’ buat rakan sepasukan dan berkemampuan menghasilkan gol dari luar kotak.

Sebagai rekod, pemain yang telah menginjak usia 31 tahun ini membuat 37 penampilan dan menjaringkan 16 gol ketika bersama Terengganu.

Featured Image: Terengganu FC

komen