Artikel

RTM Turut Menyiarkan Secara Langsung Kejohanan Piala Thomas & Uber 2020

Stesen penyiaran awam, Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan akan menyiarkan secara langsung kejohanan badminton berpasukan lelaki dan wanita iaitu Piala Thomas & Uber 2020 yang akan bermula Sabtu nanti.

Berita baik buat peminat dan penyokong skuad badminton kebangsaan itu dikongsikan oleh akaun laman sosial Sukan TV RTM, semalam. Siaran langsung kejohanan dwitahun tersebut dapat ditonton menerusi saluran TV Okey dan Sukan TV RTM.

Untuk makluman semua, kejohanan ini akan berlangsung bermula 9 Oktober sehingga 17 Oktober. Kedua-dua pasukan lelaki dan wanita Malaysia telah diundi dalam Kumpulan D bagi kedua-dua kejohanan. 

Saingan Kumpulan D bagi pasukan lelaki disertai oleh Jepun dan Kanada selepas England mengambil keputusan untuk menarik diri pada Isnin lalu. Sementara itu, cabaran Kumpulan D bagi pasukan wanita disertai oleh China, Denmark dan Kanada.

Skuad Piala Thomas 2020 Malaysia
Skuad Piala Uber 2020 Malaysia

Artikel Berkaitan: Sasaran ke Suku Akhir Tidak Berubah Walaupun England Menarik Diri

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua pasukan lelaki dan wanita yang diwakili oleh hampir kesemua pemain muda ini diletakkan sasaran untuk mara ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala Thomas & Uber oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Sebagai tambahan, berdasarkan pemerhatian, sasaran tersebut mampu dicapai dengan mengambil kira ‘mood’ pemain-pemain Malaysia berada di tahap yang positif selepas berjaya mengejutkan ramai pihak dengan mara ke peringkat separuh akhir dalam kejohanan berpasukan campuran, Piala Sudirman minggu lepas.

komen