Written by 5:52 pm Lain-Lain

TV Amerika Syarikat Bakal Siar Saingan Sepak Takraw League (STL)

Saingan sepak takraw tempatan, Sepak Takraw League (STL) akan dapat ditonton oleh peminat sukan di Amerika Syarikat selepas sebuah stesen penyiaran di negara itu menjalinkan kerjasama bersama Astro.

Menurut laporan Stadium Astro, stesen televisyen (TV) yang menjalinkan kerjasama bersama Astro itu ialah All Sports Television Network atau dikenali sebagai ALL SPORTS.

Selain itu, kerjasama dan perjanjian kedua-dua syarikat penyiaran ini juga membolehkan ALL SPORTS menyiarkan kejohanan sepak takraw peringkat antarabangsa, kebangsaan dan serantau.

Dengan kerjasama dan perjanjian menyiarkan kejohanan sepak takraw di negara dan rantau ini, pastinya dapat meningkatkan populariti sukan ini lebih-lebih lagi di negara yang terkenal dengan julukan negara Uncle Sam itu.

Untuk makluman semua, ini bukanlah kali pertama kejohanan STL disiarkan di luar negara. Pada tahun 2019 yang lalu, saingan STL Champions Cup turut disiarkan di Indonesia oleh TVRI.

Featured Image: Sepak Takraw League

(Visited 5,155 times, 1 visits today)
Close