Artikel

BAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan seramai lima orang pemain perseorangan remaja wanita dinaikkan pangkat untuk menyertai skuad senior kebangsaan dengan serta merta, pada hari ini.

Menurut satu makluman oleh BAM, pihak pengurusan berbuat demikian untuk memperbesarkan ‘talent pool’ bagi skuad senior perseorangan wanita sekaligus memperkukuhkan jabatan tersebut.

Lima orang pemain tersebut ialah Joanne Ng, Tan Zhing Yi, Khor Jing Wen, Loh Zhi Wei yang berusia 18 tahun masing-masing serta seorang lagi yang merupakan termuda dalam kalangan kelima-lima pemain iaitu Siti Nurshuhaini Azman yang berusia 17 tahun.

Khor Jing Wen

Untuk makluman semua, Siti Nurshuhaini merupakan sebahagian daripada anggota skuad Malaysia yang disenaraikan untuk mengharungi saingan Piala Uber 2020 yang akan bermula, Sabtu ini.

Sebagai tambahan, kelima-lima nama yang disebutkan di atas akan menyertai S. Kisona (23 tahun), Eoon Qi Xuan (20 tahun), Myisha Mohd. Khairul (19 tahun) dan K. Letshanaa (18 tahun). 

Skuad senior kebangsaan untuk perseorangan wanita akan berada di bawah bimbingan ketua jurulatih, Indra Widjaja serta Loh Wei Sheng.

Featured Image: BAM

komen