Written by 3:22 pm Permotoran

FIM MiniGP Malaysia 2021: Peluang Pelumba Remaja Tempah Tiket ke Pentas Antarabangsa

Perlumbaan FIM MiniGP Malaysia 2021 anjuran bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) bakal menjadi pentas buat pelumba remaja untuk merebut tiket beraksi di pentas antarabangsa.

Menurut laporan Harian Metro, perlumbaan tersebut melibatkan seramai 13 pelumba tempatan berusia antara 11 hingga 14 tahun yang akan bersaing dalam empat pusingan perlumbaan. Ianya akan berlangsung di Litar Kart Antarabangsa Sepang pada hujung minggu ini. 

Jentera Ohvale berkuasa 160cc

Untuk makluman semua, tiga pelumba terbaik berpeluang untuk berentap dengan pemenang dari negara lain di pusingan terakhir FIM MiniGP Siri Dunia yang akan diadakan di Valencia, Sepanyol pada 9hb dan 10hb November kelak.

Sebagai tambahan, pengendali perlumbaan ini merangkap Pengurus ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin turut memaklumkan kesemua pelumba yang mengambil bahagian dalam FIM MiniGP Malaysia ini akan menggunakan jentera Ohvale berkuasa 160cc.

Featured Image: FIM MiniGP Malaysia

(Visited 56 times, 1 visits today)
Close