Written by 11:21 am Bola Sepak, Lain-Lain

Video: Jaringan Minit Akhir Mengakibatkan Pasukan Kpah Tumpas Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Skuad kebangsaan yang diwakili oleh Kpah Sherman iaitu Liberia terpaksa akur menerima kekalahan tipis di tangan pasukan Cape Verde dengan keputusan 2-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022, semalam.

Lebih memeritkan, Liberia yang dibimbing oleh Peter Butler tumpas menerusi jaringan yang berpunca daripada rembatan dari luar kotak oleh pemain gantian Cape Verde, Garry Rodrigues pada minit-minit akhir permainan.

Artikel Berkaitan: Pengadil Liga Rusia Suruh Pemain ‘Osom’ Ganti Lambungan Syiling

Kesebelasan utama Liberia menentang Cape Verde.

Tiada nama penyerang Kedah Darul Aman dalam senarai penjaring gol pada perlawanan ini. Peluang keemasan buat Kpah yang hadir pada separuh pertama gagal pula disudahkannya dengan baik sekaligus kempunan untuk membantu pasukannya meraih keputusan yang positif.

Kekalahan ini menyebabkan Liberia terperosok di kedudukan terbawah Kumpulan C selepas mengharungi tiga perlawanan. Cape Verde pula berhasil melompat di kedudukan kedua.

Artikel Berkaitan: Jaringan Tunggal Kpah Bantu Liberia Raih Kemenangan Pertama Dalam Kelayakan Piala Dunia 2022

Bagaimanapun, Kpah dan rakan-rakannya masih mempunyai peluang untuk memperbaiki kedudukan ini memandangkan kedua-dua pasukan akan berentap sekali lagi dalam perlawanan keempat Kumpulan C pada Isnin nanti.

Anda boleh menonton sorotan perlawanan melibatkan pasukan Kpah menentang Cape Verde DI SINI.

Featured Image: Liberia Football Association

(Visited 5,654 times, 1 visits today)
Close