Written by 3:59 pm Asia, Bola Sepak

Video: Lubnan Kempunan Kemenangan, Percubaan Solo Rabih Ataya Ditepis ‘Goalie’ Iraq

Skuad kebangsaan Lubnan yang diwakili oleh pemain tengah Kedah Darul Aman, Rabih Ataya terpaksa akur mengutip satu mata sahaja ketika menentang Iraq dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022, tengah malam tadi.

Ketika masa permainan antara kedua-dua pasukan menjangkau minit ke-76 dan masih seri tanpa jaringan, ketua jurulatih Lubnan, Fouad Balhawan membuat keputusan untuk memasukkan Rabih menggantikan Hassan Maatouk.

Rabih Ataya

Sekitar minit ke-79, Rabih yang berada di bahagian sayap kanan mendapat bola daripada rakan sepasukannya berhasil menggelecek dan mengatasi seorang pertahanan Iraq untuk masuk ke dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, percubaan dari dalam kotak hasil daripada gerakan solonya itu berjaya ditepis oleh penjaga gol pasukan lawan, Fahad Talib sekaligus mengekalkan kedudukan seri tanpa jaringan.

Itulah percubaan terbaik yang dapat dilakukan oleh Rabih dalam permaianan dan kedudukan tersebut berlanjutan sehingga pengadil perlawanan meniup wisel menamatkan permainan.

Grafik: FIFA World Cup

Keputusan seri ini meletakkan Lubnan di tangga keempat bagi Kumpulan A yang melibatkan Republik Islam Iran, Republik Korea, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Syria.

Perlawanan seterusnya, pasukan yang diwakili oleh Rabih ini akan bertemu Syria pada 13 Oktober nanti.

Anda boleh menyaksikan sorotan perlawanan antara Iraq menentang Lubnan DI SINI.

(Visited 80 times, 1 visits today)
Close