Written by 1:05 am Badminton, Malaysia

Piala Uber 2020: Eoon Qi Xuan Buat Kejutan Namun Malaysia Tumpas 1-4 Kepada Tuan Rumah

Pasukan wanita Malaysia memulakan saingan peringkat Kumpulan D dalam kejohanan Piala Uber 2020 dengan langkah kiri apabila tumpas 1-4 kepada pasukan tuan rumah, Denmark.

Sejak dua perlawanan awal lagi, Malaysia tidak dapat meraih sebarang mata daripada pemain perseorangan yang diwakili oleh S. Kisona mahupun pasangan beregu, Lee Meng Yean-M. Thinaah. 

Kisona tumpa straight set 11-21 dan 7-21 kepada Mia Blichfeldt yang menduduki ranking ke-12 dunia. Sementara itu, Meng Yean-M. Thinaah pulan tumpas kepada Sara Thygesen-Maiken Fruergaard dengan keputusan 19-21, 21-10 dan 13-21.

Di saat Malaysia ketinggalan 0-2 kepada Denmark, pemain berusia 20 tahun, Eoon Qi Xuan hadir pada perlawanan ketiga memberikan satu mata berharga buat pasukan negara. 

Baca: BAM Naikkan Pangkat 5 Pemain Remaja ke Skuad Senior Dengan Serta Merta

Walaupun berada di kedudukan ke-123 dunia, itu tidak menghalangnya untuk melakukan kejutan, menumpaskan Line Christophersen yang berada di ranking yang jauh lebih baik iaitu ke-23 dunia dengan keputusan 18-21, 21-18 dan 21-15.

Di perlawanan keempat, pasangan regu kedua, Teoh Mei Xing-Yap Ling terpaksa akur tumpas kepada pasangan Denmark yang jauh lebih baik persembahannya, Amalie Magelund-Freja Ravn dengan keputusan 13-21 dan 19-21.

Untuk perlawanan terakhir, mewakili Malaysia adalah pemain berusia 18 tahun, K. Letshanaa yang menghuni ranking ke-777 dunia menentang Line Hojmark Kjaersfeldt yang berada di ranking ke-35 dunia. 

Pemain perseorang Denmark berusia 27 tahun tersebut mudah menundukkan Letshanaa yang beraksi pertama kali di Piala Uber dengan keputusan 18-21 dan 14-21.

Untuk perlawanan seterusnya, pasukan Malaysia akan berhadapan dengan semi-finalist edisi lalu, China. Pertembungan ini akan dijadualkan berlangsung pada jam 7.30 malam (waktu Malaysia), pada hari ini.

Featured Image: Badminton Association of Malaysia / Badminton Photo

(Visited 134 times, 1 visits today)
Close