Written by 4:29 pm Asia, Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia B-23: Laos Terawal Senarai 23 Pemain Akhir, 2 Daripadanya Berusia 16 Tahun

Pasukan Laos menjadi yang terawal menyenaraikan 23 pemain untuk menghadapi saingan Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) menentang Malaysia, Thailand & Mongolia dalam Kumpulan J, hujung Oktober ini.

Perkembangan mengenai pasukan yang dibimbing oleh jurulatih kelahiran Singapura, V. Selavaraj ini dimaklumkan sendiri oleh Persekutuan Bola Sepak Laos (LFF) menerusi platform media sosialnya.

V. Selvaraj (kiri) – Foto: LFF

Berdasarkan pemerhatian, skuad Laos itu terdiri daripada 3 penjaga gol, 7 pertahanan, 10 pemain tengah dan 3 penyerang. Menariknya, Laos mempertaruhkan seramai lapan pemain remaja – berusia 18 tahun dan ke bawah – dimana dua daripadanya berumur 16 tahun.

Manakala jika dilihatkan kepada latar belakang pasukan di peringkat kelab, kesemua pemain yang disenaraikan itu merupakan pemain yang beraksi di liga negaranya sendiri.

Sebagai makluman tambahan, majoriti pemain yang disenaraikan ini merupakan sebahagian daripada skuad yang beraksi di pentas Kejohanan AFF B-18 di Vietnam pada tahun 2019 yang lalu.

Untuk perbandingan, Thailand baru sahaja menyenaraikan 28 pemain awal. Sementara itu, skuad kebangsaan kendalian Brad Maloney pula masih diperingkat latihan pusat bersama 25 pemain dan hanya akan mengumumkan senarai akhir sekitar 20hb nanti.

Berikut adalah senarai penuh 23 pemain yang akan dibawa oleh Laos untuk terbang ke Ulaanbaatar, Mongolia:

Penjaga Gol

Solasak Thivalong – Young Elephants (17 Tahun)

Keo Oudone – Lao Army (21 Tahun)

Chanthavusay -Ezra FC (17 Tahun)

Pertahanan

Kittisak Phomvongsa – Young Elephants (22 Tahun)

Anantaza Siphongphan – Ezra FC (16 Tahun)

Phottahavong Sangvilay – Ezra FC (16 Tahun)

Nalongsith Chanthalangsy – Viengchanh FC (19 Tahun)

Xayasith Singsavang – Viengchanh FC (20 Tahun)

Xayyasith Koulabsavanh – Muanghat United (20 Tahun)

Xeedee Pomsavanh – Lao Army FC (19 Tahun)

Pemain Tengah

Phathana Phommathep – Ezra FC (22 Tahun)

Phouttahalak Thongsanith – Ezra FC (18 Tahun)

Anousone Xaypanya – Ezra FC (18 Tahun)

Thanouthong Kietnalonglop – Young Elephants ( 20 Tahun)

Kydavone Souvanny – Young Elephants (21 Tahun)

Bounphachan – Quest United (20 Tahun)

Alounnay Lounlasi – FC Chanthabouly (18 Tahun)

Kiengthavesak – FC Chanthabouly (22 Tahun)

Kouaycheng – Lao Army (20 Tahun)

Bounmy Pinkeo – Garuda FC (19 Tahun)

Penyerang

Ekkamai – Tiada Maklumat

Thipphachanh – Tiada Maklumat

Chony Wenpaserth – Ezra FC (18 Tahun)

Grafik: Lao Football Federation
(Visited 1,640 times, 3 visits today)
Close