Written by 12:31 pm Permotoran

Khairul Idham Pawi ‘SuperKIP’ Sertai MSBK Bersama TKKR Racing Team

Selepas hampir setahun meninggalkan saingan Kejuaraan Dunia Moto3, Khairul Idham Pawi atau dikenali sebagai SuperKIP kembali ke litar untuk beraksi dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021.

Pelumba berusia 23 tahun itu menyertai perlumbaan yang akan berlangsung pada hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Sepang bersama TKKR Racing Team.

SuperKIP ketika beraksi bersama Sprinta Racing Team dalam saingan Moto3

Difahamkan, TKKR sendiri yang menawarkan kepada Khairul untuk menyertai perlumbaan ini. Malahan, menerusi satu muat naik di media sosial pasukan terbabit, TKKR turut mempunyai perancangan untuk membawa Khairul ke saingan Asia Road Race Championship (ARRC) 2022.

Untuk makluman semua, pelumba kelahiran Perak ini berlumba bersama Sprinta Racing Team selama dua musim – 2019 dan 2020 – di dalam saingan Moto2 dan Moto3 masing-masing.

Bagaimanapun, pada penghujung tahun 2020, SuperKIP terpaksa meninggalkan kejuaraan motosikal dunia apabila tiada pasukan yang menawarkan kontrak kepadanya.

(Visited 426 times, 1 visits today)
Close