Artikel

Piala Thomas 2020: ‘Scratch Pair’ Soh Wooi Yik-Nur Izzuddin Curi Tumpuan Peminat

Ketika turun menentang Kanada pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan D dalam saingan Piala Thomas awal pagi tadi, Malaysia melakukan sedikit perubahan dengan mempertaruhkan dua ‘scratch pair’ dalam dua perlawanan beregu.

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik yang menduduki ranking kelapan dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipisahkan dan kedua-dua pemain ini digandingkan bersama Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin masing-masing.

Menerusi tinjauan kami di laman sosial Persatuan Badminton Malaysia (BAM), gandingan Wooi Yik-Nur Izzuddin yang turun pada turutan keempat menentang Phillipe Charron-Maxime Tetreault meraih kemenangan mudah dengan keputusan 21-7 dan 21-10 mencuri tumpuan serta mendapat pujian peminat badminton di tanah air.

“Pertama kali menonton Izzuddin bermain. Suka dengan kesemua smash-nya. Dia sudah tentu akan bersinar.” tulis Jason Hardy.

“Hebat! Nur Izzuddin dengan Soh Wooi Yik. Hasil daripada eksperimen, tapi tengok smash Si Izzuddin ni memang meletop-letop dia punya padu. Kencang.” komen Nur Syafika.

“Din (Izzuddin) power, bagus BAM punya pelan B dengan Wooi Yik.” tambah Abdul Syukur Majeed.

Artikel Berkaitan – Piala Thomas 2020: Tak Mustahil Skuad Muda Malaysia Mara ke Final

Artikel Berkaitan – Piala Thomas 2020: Ketahui Ranking & Pencapaian Terakhir Barisan Pemain Lelaki Pasukan Malaysia

Sementara itu, dia ruangan komen Astro Arena yang menyiarkan sorotan perlawanan di Youtube melibatkan kedua-dua pemain ini turut mendapat pujian positif daripada para penyokong.

“Strategi penukaran beregu adalah sangat bijak, terutamanya untuk mengelakkan daripada pemain Jepun membaca permainan Aaron dan Wooi Yik sekali lagi.” tulis Nurin Afifah.

“Wooi Yik punya bertahan macam biasalah sentiasa cemerlang. Izzuddin punya IQ semaca juga tahap dia. World class.” puji Nazrul Imran.

Perlawanan awal pagi tadi berkesudahan dengan Malaysia meraih kemenangan bersih 5-0 ke atas Kanada sekaligus berjaya menempah tiket ke saingan kalah mati.

Empat lagi kemenangan yang lain disumbangkan oleh Lee Zii Jia, Cheam June Wei, Ng Tze Yong dan pasangan beregu Aaron-Sze Fei.

Bagaimanapun, penentuan juara dan naib juara bagi Kumpulan D perlu ditentukan dalam perlawanan akhir peringkat kumpulan pada hari esok, jam 2.30 petang, melibatkan pasukan Malaysia dan Jepun.

Featured Image: BAM

komen