Artikel

Ranking BWF: Dua Pemain Perseorangan Wanita, Nurshuhaini & Letshanaa Catat Penurunan

Kemaskini ranking yang dilakukan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam memperlihatkan dua pemain perseorangan wanita yang beraksi di kejohanan Piala Uber 2020 mencatatkan penurunan.

Penurunan paling banyak dicatatkan oleh pemain berusia 17 tahun, Siti Nurshuhaini Azman iaitu enam anak tangga. Siti yang diturunkan buat pertama kali di kejohanan ini menentang pemain China, He Bing Jiao kini menduduki tangga ke-461 berbanding ke-455 sebelum ini.

Siti Nurshuhaini

Artikel Berkaitan – Piala Uber 2020: Kenali Anggota Skuad Malaysia Yang Dibarisi Pemain Muda & Remaja

Seorang lagi pemain perseorangan wanita mencatatkan penurunan ialah Letshanaa Karupathevan. Pemain berusia 18 tahun ini merekodkan penurunan satu anak tangga menjadikan dia berada di tangga ke-778 dunia.

Sebagai rekod, Letshanaa beraksi sebanyak 3 kali pada peringkat Kumpulan D dalam saingan Piala Uber. Bagaimanapun, Letshanaa tumpas dalam ketiga-tiga perlawanan ketika berhadapan wakil Denmark (Line Hojmark Kjaersfeldt), China (Wang Zhi Yi) dan Kanada (Wen Yu Zhang).

Teoh Mei Xing dan Yap Ling – Foto: Badminton Photo

Sementara itu, tiada perubahan ranking melibatkan dua lagi pemain perseorangan wanita negara S. Kisona dan Eoon Qi Xuan. Kedua-dua pemain ini masih kekal di kedudukan ke-53 dan ke-123 seperti minggu lalu.

Begitu juga ranking melibatkan pemain beregu wanita dimana pasangan Pearly Tan-M. Thinaah serta Teoh Mei Xing-Yap Ling kekal di kedudukan ke-18 dan ke-68 dunia.

Featured Image: BAM

komen