Written by 3:58 pm Hoki, Malaysia

Ranking FIH: Skuad Hoki Malaysia Berada di Kedudukan 10 Terbaik Dunia

Kemaskini terbaru ranking oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menyaksikan kedudukan skuad hoki lelaki kebangsaan melonjak satu anak tangga sekaligus membolehkan mereka berada di kedudukan ke-10 dunia.

Skuad hoki Malaysia yang terkenal dengan julukan Speedy Tigers berjaya memasuki kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah mengumpul 1427.181 mata secara keseluruhan. Jumlah ini sudah memadai untuk mengatasi pasukan di tangga ke-10 sebelum ini, Kanada yang mempunyai 1422.120 mata.

Tangkap layar ranking dunia pasukan hoki bagi kategori lelaki – Sumber: FIH

Artikel Berkaitan: Skuad Hoki Kebangsaan Lakukan Persiapan Untuk Harungi Kejohanan Hoki Piala Asia 2022 di United Kingdom

Lonjakan satu anak tangga itu juga dibantu oleh kemenangan Malaysia 3-1 ke atas Wales dalam perlawanan ujian pada Siri Jelajah United Kingdom 2021, semalam.

Untuk makluman semua, skuad hoki negara mempunyai baki dua lagi perlawanan persahabatan menentang Perancis dalam siri jelajah ini. Perlawanan pertama dan kedua menentang Perancis itu dijadualkan berlangsung pada 15hb dan 18hb Oktober kelak.

Featured Image: Malaysian Hockey Confederation

(Visited 4,594 times, 2 visits today)
Close