Written by 3:16 pm Permotoran

MSBK 2021: Dua Bekas Pelumba Moto2 Turut Sertai Perlumbaan Bersama SuperKIP

Perlumbaan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021 yang akan berlangsung pada hujung minggu ini tidak hanya diserikan oleh bekas pelumba Moto3, Khairul Idham Pawi atau dikenali sebagai SuperKIP.

Berdasarkan senarai pelumba yang dikeluarkan oleh penganjur, dua bekas pelumba Kejuaraan Motosikal Dunia Moto2 turut serta mengambil bahagian dalam perlumbaan yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang itu.

Dua pelumba tersebut ialah Azlan Shah Kamaruzaman (ONE XOX TKKR Racing Team) dan Kasma Daniel Kasmayudin (Yamaha Racing Team Asean). Kedua-dua pelumba ini akan beraksi dalam kelas 1000cc.

Artikel Berkaitan: Juara ARRC 2019, Azlan Shah Tak Malu Jadi ‘Rider’ Penghantar Makanan

Untuk makluman semua, Azlan merupakan pelumba Moto2 selama tiga musim dari tahun 2013 hingga 2015. Manakala Kasma yang berusia 21 tahun pula mempunyai pengalaman selama setahun beraksi di pentas yang sama pada tahun lalu.

Tidak dilupakan, Zaqhwan Zaidi yang beraksi dalam saingan Moto2 bersama JPMoto Racing Team pada tahun 2015 turut mengambil bahagian dalam perlumbaan kelas 1000cc ini.

Sementara itu, Khairul yang kembali daripada persaraannya akan beraksi dalam saingan 600cc disamping menerima cabaran daripada bakal pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok.

Artikel Berkaitan: Khairul Idham Pawi ‘SuperKIP’ Sertai MSBK Bersama TKKR Racing Team

MSBK 2021 akan bermula pada hari esok dengan Free Practice 1 dan 2 sebelum disambung dengan sesi Qualifying pada pagi Sabtu.

Disebelah petangnya, perlumbaan bagi kategori 250cc, 600cc dan 1000cc akan bermula sehingga ke hari Ahad.

Bagi yang berminat untuk menyaksikan perlumbaan MSBK 2021 pada hujung minggu ini, anda boleh menontonnya secara langsung menerusi Facebook Malaysia Superbike Championship.

(Visited 3,148 times, 1 visits today)
Close