Written by 10:25 am Permotoran

MSBK 2021: Bekas Pelumba Moto2 Silih Berganti Naiki Podium Litar Antarabangsa Sepang

Bukan menjadi masalah buat bekas pelumba-pelumba Kejuaraan Dunia Moto2 untuk menampilkan tunggangan yang cemerlang sekaligus menjuarai perlumbaan Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) 2021.

Kasma Daniel, Md Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah Kamaruzaman yang merupakan bekas pelumba Moto2 silih berganti muncul selaku juara dalam perlumbaan kategori 1000cc yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada hujung minggu lalu.

Kasma muncul juara pada perlumbaan pertama yang berlangsung pada hari Sabtu. Manakala Zaqhwan dan Azlan pula menduduki tempat pertama podium pada perlumbaan kedua dan ketiga masing-masing.

Khairul Idham Pawi beraksi bersama ONE XOX TKKR Racing Team

Sementara itu, bagi perlumbaan kategori 600cc, Khairul Idham Pawi atau dikenali sebagai SuperKIP yang kembali daripada persaraannya turut menamatkan perlumbaan selaku juara pada perlumbaan pertama. 

Bekas pelumba Moto3 bersama Sprinta Racing Team ini turut menaik podium sekali lagi apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada perlumbaan kedua.

Bakal pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau Damok pula menamatkan perlumbaan dengan konsisten dalam kelompok tiga terbaik sekaligus membolehkannya menaiki podium dalam tiga perlumbaan.

Md. Izam Ikmal – Foto: Malaysia Superbike Championship

Akhir sekali, saingan kelas 250cc pula menyaksikan Md. Izam Ikmal daripada Boon Siew Honda Racing Team cemerlang menamatkan perlumbaan selaku juara dalam ketiga-tiga perlumbaan.

Bagi yang ingin menonton highlights perlumbaan, anda boleh ke Facebook Malaysia Superbike Championship.

Featured Image: Malaysia Superbike Championship

(Visited 1,419 times, 1 visits today)
Close