Artikel

Kelayakan Piala Asia B-23: Nik Akif Tabah & Tetap Terbang ke Mongolia

Walaupun kehilangan bapa yang tercinta, pemain tengah Terengganu FC, Nik Akif Syahiran bersikap tabah dan kekal bersama skuad Harimau Muda bagi mengharungi kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23).

Menurut makluman oleh Pengurus Terengganu FC, Zulfadli Rozi memaklumkan pemain berusia 22 tahun itu telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang Jaya tengah hari tadi.

Nik Akif akan bersama-sama 21 pemain yang lain akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Ulaanbaatar, Mongolia pada malam ini.

Sementara itu, seorang lagi pemain yang beraksi dalam kancah bola sepak Jerman, Annil Vigneswaran akan terbang terus ke ibu negara Mongolia dan akan menyertai skuad Malaysia di sana.

Untuk makluman semua, skuad Malaysia yang dibimbing oleh Brad Maloney dijadualkan beraksi menentang Laos, Mongolia dan Thailand pada 25, 28 dan 31 Oktober nanti.Β Β 

Sebagai tambahan, difahamkan, bapa kepada Nik Akif iaitu Allahyarham Nik Mat Yusof meninggal dunia kerana terlibat dalam satu kemalangan pada pagi semalam.

Featured Image: Football Association of Malaysia

komen