Written by 5:34 pm Permotoran

SuperKIP Akui ‘Berbincang’ Dengan Beberapa Pasukan Untuk Sertai ARRC 2022

Setelah tampil dalam Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) baru-baru ini, Khairul Idham Pawi tidak menyembunyikan hasratnya untuk beraksi dalam saingan Asia Road Racing Championships (ARRC), tahun hadapan.

Menurut laporan Berita Harian, bekas pelumba Kejuaraan Dunia Moto3 dan Moto2 yang terkenal dengan julukan SuperKIP itu turut mendedahkan telah berhubung dengan beberapa pasukan agar dapat merealisasikan hasratnya. 

“Saya akan aktif semula dan bersedia untuk menunggang jentera,”

“Harapan itu nak ke ARRC namun buat masa ini belum ada pengesahan pasukan.”

“Saya sudah berkomunikasi dengan beberapa pasukan namun buat masa ini belum ada sebarang pengesahan lagi.” kata pelumba berusia 23 tahun itu dipetik daripada portal akhbar terbabit.

Khairul yang telah mengumumkan persaraan pada hujung tahun 2020 kembali menunggang jentera 600cc pada perlumbaan MSBK 2021 di Litar Antarabangsa Sepang, hujung minggu lalu.

Walaupun hampir setahun tidak beraksi dalam perlumbaan yang kompetitif, Khairul tidak mempunyai masalah untuk muncul juara pada perlumbaan pertama bagi ketagori 600cc tersebut.

Featured Image: Malaysia Superbike Championship

(Visited 2,884 times, 1 visits today)
Close