Written by 10:45 am Hoki, Malaysia

Hoki Piala Dunia Remaja 2021: Malaysia Berhadapan Belgium, Afrika Selatan & Chile Pada Peringkat Kumpulan

Skuad hoki lelaki remaja Malaysia bakal menghadapi cabaran daripada Belgium, Afrika Selatan dan Chile dalam saingan peringkat Kumpulan A pada kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2021 kelak.

Perkembangan mengenai hasil undian peringkat kumpulan itu disampaikan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menerusi satu makluman oleh badan induk sukan terbabit semalam.

Selain itu, FIH turut mengeluarkan jadual kejohanan yang akan berlangsung bermula 24 November bertempat di Bhubaneswar, India. Kejohanan akan bermula dengan perlawanan pembukaan membabitkan Belgium menentang Afrika Selatan di Stadium Kalinga.

Sementara itu, skuad remaja Malaysia pula telah melakukan persiapan awal untuk mengharungi kejohanan ini dengan mengadakan Siri Jelajah United Kingdom 2021.

Jelajah tersebut telah memberikan ruang kepada pemain-pemain remaja Malaysia untuk menguji kekuatan berhadapan dengan beberapa pasukan seperti Repton HC, Hampstead & Westminster HC, Wales B-23, England B-21 dan Scotland B-23.  

(Visited 454 times, 3 visits today)
Close